Feeds:
Posts
Comments

KELUARGA umpama satu sel hidup dalam jasad masyarakat manusia. Apabila baiknya keluarga, maka baiklah masyarakatnya. Begitu juga apabila rosaknya keluarga, maka rosaklah masyarakatnya.

KELUARGA umpama ummat kecil, di dalamnya manusia belajar akhlak yang paling baik dalam bersosial. Tiadalah ummat bilamana tiadanya KELUARGA. Bahkan tiadalah manusia tanpa KELUARGA.

KELUARGA merupakan alam sosial yang pertama yang manusia lalui semenjak hari kelahirannya ke bumi ini dan akan berterusan sehinggalah akhir hayatnya. Di dalam Keluarga jugalah manusia akan melalui fasa-fasa dalam hidupnya. Bahkan KELUARGA merupakan satu-satunya sistem sosial yang lengkap untuk manusia.

KELUARGA merupakan suatu sistem Islam yang paling baik penjagaannya. Sistem Islam ini merangkumi panduan tarbawi dan kaedah perundangan kekeluargaan untuk memastikan terbinanya keluarga diatas asas yang baik. Sistem kekeluargaan Islam mengangkat martabat keluarga tersebut dan menguatkan lagi hubungan antara individu didalam keluarga tersebut.

Kerana itulah KELUARGA  merupakan asas yang sangat penting dalam membina masyarakat muslimah. Kerana itulah kita dapat melihat Allah swt banyak menyebut dan menekankan tentang KELUARGA di dalam Al-Quran.

Sistem sosial Islami adalam sistem KELUARGA, ianya sistem Rabbani untuk manusia kerana ianya memenuhi cita fitrah manusia serta keperluan manusia.

Sistem KELUARGA yang sangat indah ini dicipta oleh Allah bagi memenuhi fitrah manusia. Dan ia juga merupakan asal-usul penciptaan makhluk. Kita dapat lihat perkara ini dalam firman Allah di dalam surah Az-Zariyat ayat 49:

ومن كل شيء خلقنا زوجين لعلكم تذكرون

Kehidupan manusia yang pertama merupakan keluarga nabi Adam a.s bersama isterinya Hawwa’. Kemudian dari keduanya Allah berkembang-biakkan manusia. Kisah keluarga yang pertama ini telah Allah ceritakan di dalam surah An-nisa’ ayat 1:

يا أيها الناس اتقوا ربكم الذى خلقكم من نفس واحدة
 وخلقمنها زوجها وبث منهما رجالا كثيرا ونساء

Allah boleh sahaja dan sangat mampu untuk menjadikan berjuta-juta manusia sekaligus. Tetapi Allah menginginkan pembiakkan manusia melalui KELUARGA yang terkandung banyak hikmah yang tersembungi.

Menyingkap tentang tarikan fitrah antara lelaki dan perempuan pula, Allah menjuruskan untuk mendirikan rumahtangga. Allah swt berfirman di dalam surah Ar-Rum ayat 21:

ومن أياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة

KELUARGA merupakan taman penjagaan semulajadi bagi kanak-kanak. Di situlah kanak-kanak berkembang tubuh badannya, akal fikirannya, dan ruhnya. Di situ jugalah kanak-kanak megenali perasaan kasih-sayang, rahmah dan bertolong-bantu.

KELUARGA membentuk tabiat dan perangai kanak-kanak, dan mengajarnya untuk bersosial.

Anda pernah terfikir tak yang manusia melalui tempoh zaman kanak-kanaknya lebih lama dari haiwan?

Manusia dikira masih kanak-kanak sehinggalah dia baligh, iaitu kira-kira 1-12tahun. Manakala haiwan mengambil masa berhari atau berbulan sahaja untuk mencapai tahap matang.

Zaman kanak-kanak merupakan suatu tempoh untuk menyediakan dan melatih kanak-kanak tersebut untuk memikul suatu amanah yang besar, iaitu menjadi KHALIFAH di muka bumi.

Allah berfirman di dalam surah Al-Ahzab ayat 72:

إنا عرضنا الأمانة على السماوات والأرض والجبال فأبين أن يحملنها وأشفقن منها وحملها الإنسان

Manusia juga merupakan makhluk Allah yang paling berhajat kepada kasih-sayang dan bimbingan ibu bapa didalam kehidupannya berbanding makhluk Allah yang lain. Ianya hanya akan diperolehi daripada sebuah KELUARGA.

Subhanallah, sangat cantik Allah menyusun alam ini beserta sistemnya yang memenuhi dan menepati keperluan makhluknya. Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

*rujukan: Al-akhawat Al-Muslimat wa binaa’ al-usrah al-quraniyah.

Assalamualaikum,

video yang sangat menarik!

kalau sebelum ini ana ada mencoretkan mengenai ahkamul maulud, maka seorang sahabat telah berkongsi sebuah video yang sangat best dan bermanfaat berkenaan ahkamul maulud tersebut!. insyaAllah dengan menonton video ini para pembaca akan lebih jelas dalam memahami sunnah-sunnah tersebut.

sangat sesuai ditonton buat ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan juga semua wanita, begitu juga untuk kaum lelaki lebih-lebih lagi yang merupakan ketua keluarga.  semoga kita semua sebagai umat Islam dapat mengikuti sunnah Rasulullah ini, bukan sekadar buat bila tengok orang lain buat tanpa mengetahui dalil atau ianya sunnah ataupun tidak, tetapi dengan pemahaman dan dengan niat untuk mengikuti sunnah Rasulullah.

*jazakillah buat ukhtie aini juwita yang sudi berkongsi video ini🙂

Alhamdulillah, hari ini genap satu tahun 25 hari Khayrat dilahirkan, dan insyaAllah lagi 2 bulan khayrat akan menjadi abang dan mendapat adik.

terasa baru sebulan menyambut kehadiran mujahid kecil ini. masih segar lagi diingatan saat-saat ingin melahirkan abang Khayrat lebih kurang setahun yang lalu.

dalam persediaan menyambut mujahid kedua kami, ingin ana kongsikan beberapa amalan yang sunat dilakukan apabila lahirnya sang mujahid.

1.azan di telinga kanan bayi dan iqamah di telinga di telinga kiri  bayi.

Khayrat pada hari ke-2

diriwayatkan oleh abu daud dan at-tirmizi, daripada abi rafi’ beliau berkata: (aku telah melihat Rasulullah saw berazan di telinga Al-Hassan bin ‘Ali ketika dilahirkan oleh Fatimah).

dalam riwayat lain yang diriwayatkan dari ibn Abbas r.a: sesungguhnya nabi saw telah mengazankan Al-Hassan bin ‘Ali pada hari kelahirannya, dan beriqamah di telinga kirinya.

khayrat telah di azan dan di iqamatkan oleh abahnya sebaik sahaja dilahirkan dan disiapkan.

hikmah azan dan iqamah:

-ianya menjadi kalimah yang pertama didengari oleh bayi, ianya seruan yang sangat agung.

-syaitan lari dari kalimah azan.

-ia merupakan seruan kepada Allah dan agama-Nya, dan seruan kepada ibadah, mendahului ajakan syaitan.

2. tahnik; iaitu memberikan  manisan seperti buah tamar atau madu pada lelangit bayi menggunakan jari. disunatkan pen’tahnik’ itu dikalangan orang yang soleh dan bertaqwa moga-moga bayi yang dilahirkan itu mewarisi kesolehan dan ketaqwaanya.

daripada abi Musa r.a, beliau berkata: telah lahir bagiku seorang anak lelaki, maka aku membawanya berjumpa nabi saw, maka nabi menamakannya Ibrahim, dan mentahnikkannya dengan tamar, dan mendoakan barakah baginya.kemudian nabi menyerahkan kembali anak itu kepadaku.-as-sohihain-

khayrat sedang ditahnikkan dengan sebutir kurma

memandangkan di mesir terdapat ramai ulama’ dan sheikh atau ustaz yang disegani lagi dihormati, maka ana dan abu khayrat tidak melepaskan peluang untuk mentahnikkan khayrat dengan sheikh atau ustaz yang terkenal dengan kesolehan dan ketaqwaannya dengan harapan Khayrat akan mewarisi kesolehan dan ketaqwaan dari beliau.

dan Alhamdulillah pada hari ke-14 khayrat telah ditahnikkan oleh seorang ustaz yang sangat kami kagumi lagi hormati. lambat sedikit dari tarikh perancangan(hari ke-7) sebab pada mulanya yang akan mentahnikkan khayrat adalah seorang sheikh yang masyhur, tetapi disebabkan beliau menghadapi masalah kesihatan, maka tepaksa mencari orang lain untuk mentahnikkan khayrat.

hikmah bertahnik :

-menguatkan otot-otot di mulut bayi.

3.mencukur rambut pada hari ke-7, dan sunat untuk menyedekahkan emas kepada fakir miskin berdasarkan timbangan rambut tersebut .

daripada Muhammad bin Ali bin Hussein r.a, beliau berkata: Rasulullah telah mengakikahkan Hassan seekor kambing, dan baginda bersabda: wahai Fatimah, cukurlah kepala Hassan, dan bersedekahlah emas berdasarkan timbangan rambut tersebut. maka Fatimah pun menimbang rambut tersebut , dan timbangan tersebut menunjukkan 1 dirham atau setengah dirham.

disebabkan khayrat telah dilahirkan dalam fatrah orang sibuk prepare untuk imtihan, dan abahnya pun sibuk study, maka khayrat telah digunting sedikit rambutnya pada hari ke-7, dan dicukur penuh pada hari ke-10.

Khayrat teleh dicukurkan sendiri oleh mama dan abahnya

sedikit tips dari mak mertua, kalau nak mudah cukur, letakkan bedak terlebih dahulu di kepala bayi. insyaAllah proses mencukur akan berjalan dengan mudah dan lancar!

hikmah bercukur:

-menguatkan bayi, membuka liang roma kepala dan ianya akan mengukatkan pancaindera penglihatan, bau dan pendengaran bayi.

-memenuhi hajat fakir miskin dengan memberi sedekah kepada mereka dengan bersedekah kepada mereka.

4. menamakan bayi dengan nama yang baik.

Rasulullah saw bersabda: setiap bayi yang dilahirkan rahiin(terikat) dengan aqiqahnya, disembelih darinya pada hari ke tujuh, dan dinamakan juga pada hari tersebut, dan dicukur kepalanya.

dan untuk mujahid sulung kami, telah kami berikan nama KHAYRAT yang bermaksud kebaikan yang melimpah ruah. (kisah pemilihan nama ini telahpun dicoretkan oleh abu khayrat di blognya).

5. aqiqah

berapa?

2 ekor kambing bagi bayi lelaki dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan.

bila?

disunatkan melakukan aqiqah pada hari ke-7 selepas kelahiran, kalau tak sempat boleh je buat hari ke 14@21, kalau tak sempat juga, boleh je dilakukan pada bila-bila masa.

disebabkan keadaan kami yang masih belajar, di luar negara pula, maka majlis aqiqah khayrat telah diadakan semasa beliau berumur 7 bulan semasa kami pulang bercuti di malaysia.

Khayrat bersama atuk, nenek dan asu di hari aqiqahnya

hikmah aqiqah :

-mendekatkan diri kepada Allah.

-tanda kesyukuran dan kegembiraan.

-menguatkan silaturrahim antara masyarakat dengan majlis aqiqah.

6. berkhatan

daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: lima dari fitrah: memotong bulu kemaluan, khitan, memotong kumis, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku

seeloknya untuk bayi lelaki, dikhatankan pada hari pertama kelahiran. tetapi boleh sahaja ia dilakukan pada bila-bila masa sebelum baligh.

kalau di mesir, selalunya bayi lelaki akan terus dikhatankan sejurus selepas kelahiran. khayrat telah selamat berkhatan ketika beliau berusia genap 1 bulan.

khayrat- 7 hari selepas berkhatan, sudah sembuh sepenuhnya, dan sudah berjalan-jalan di maa'radh kutub!

kebaikan berkhatan semasa bayi ni banyak, antaranya luka berkhatan akan cepat sembuh, tidak susah untuk menjaga sebab bayi masih belum banyak pergerakannya, dan tak perlu pantang-pantang makan sebab bayi cuma menyusu sahaja.

hikmah berkhatan:

-bersih dari kotoran.

-mengurangkan risiko untuk mendapat jangkitan penyakit.

malam tadi baru sahaja mendapat berita gembira kelahiran seorang mujahidah di bumi mesir ini. Tahniah buat ummu yahya. buurika laki fi mauhub wa syakaratil wahib, wa ruziqta birruhu, wa balagha asyuddahu!

*rujukan: tarbiyatul aulad fil islam, karangan dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan.

bismillahirrahmanirrahim,

sempena musim peperiksaan ini, suka untuk ana kongsikan satu tips untuk cemerlang. ya, cuma satu tips sahaja. InsyaAllah, jika anda mengamalkan tips ini, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang! kerana ia adalah tips cemerlang daripada Allah!

jadi sesiapa yang ingin cemerlang, maka berTAWQAlah! kerana ini adalah janji daripada Allah!

Allah telah berfirman dalam surah At-Talaq:2-3 yang berbunyi:

ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث لا يحتسب

barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Apakah itu TAQWA?

Umar Al-khattab pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab apakah yang dimaksudkan dengan taqwa.

Ubai : pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?

Umar : ya, pernah.

Ubai : apakah yang kamu lakukan ketika itu?

Umar : aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh.

Ubai : itulah TAQWA

jadi, untuk cemerlang dalam peperiksaan, maka bertaqwa lah dalam belajar. Iaitu kita bersungguh-sungguh dalam belajar. curahkan sepenuh tenaga dan masa untuk mendalami ilmu-ilmu Allah. Jaukan diri kita daripada perkara-perkara yang boleh mengganggu fokus study kita.

insyaAllah, jika kita bertaqwa dalam study kita, Allah akan mudahkan bagi kita. Bukan itu sahaja, malah Allah akan berikan rezaki kepada kita dari arah yang tidak disangka-sangka. Subhanallah! maha suci Allah! betapa pemurahnya Allah terhadap hamba-hambanya yang berTAQWA!

Wa akhiran, khas buat sahabat-sahabat yang sedang/akan menempuhi peperiksaan,  terutama buat ‘ahli beit’; Abu Khayrat, berTAQWAlah! Robbuna Yusahhil, Robbuna Yunajjah!

semoga Allah kurniakan kejayaan dan kecemerlangan buat kalian. Ameen~

تكوينها دين, والحفاظ عليها إيمان, ومكافحة الأوبئة التي تهددها جهاد, ورعاية ثمرتها من بنين و بنات جزء من شعائرالله

“mendirikannya adalah AGAMA,  menjaganya adalah IMAN, membanteras wabak-wabak yang mengancamnya adalah JIHAD, dan menjaga buahnya (iaitu) daripada anak-anak lelaki dan perempuan adalah sebahagian daripada SYIAR ALLAH”

Sedar tak sedar sudah setahun 6 bulan saya berumah tangga, sudah ber’anak’ pun. Sungguh pantas masa berlalu. masih segar di dalam ingatan azam ketika mula-mula hendak mendirikan rumah tangga, nak jadi isteri solehah, nak anak yang ramai, nak urus rumah elok-elok, dan yang terpenting sekali, nak bina baitul muslim qudwah!

Hatiku berkata:” okeh! mudah sahaja! InsyaAllah saya boleh!”

Namun, setelah setahun lebih melayari bahtera rumahtangga, hatiku berkata lagi: “hmmm…mudah saja nk bina baitul muslim ni…tapi susah untuk nak beristiqamah dan bermujahadah dalam nak membangunkan baitul muslim ini…lebih-lebih lagi kalau nak jadikan baitul muslim Qudwah!”

Baitul muslim…apa maksud baitul muslim tu yea?

ISHA berkata: dan membina baitul muslim adalah: membawa ahlinya untuk menghormati fikrahnya, dan menjaga adab-adab Islam dalam setiap sudut kehidupan rumahtangga, bermula dengan pemilihan isteri yang baik dan memberinya haknya dan kewajibannya, kemudian mendidik anak-anak dengan baik, berkhidmat dan berusaha membangunkan mereka di atas prinsip-prinsip Islam. Dan ia adalah kewajiban untuk setiap suami, termasuk mengambil berat terhadap rumahtangga, isteri dan anak-anak.

Pembinaan rumahtangga yang betul, yang baik persediaannya, yang menjalankan syariat Islam dalam seluruh kehidupannya merupakan batu-bata yang kuat dalam membina masyarakat muslim.

Allah berfirman di dalam surah at-tahrim, ayat 6 yang bermaksud : “wahai orang-orang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu”

Dapat difahami dari ayat di atas, betapa pentingnya seseorang itu membimbing ahli keluarganya supaya terhindar dari api neraka. Iaitu dengan melazimi prinsip-prinsip Islam di dalam kehidupan rumahtangga .Pentingnya membina rumahtangga muslim.

Pembinaan rumahtangga muslim juga sangat penting dalam kehidupan seorang dai’e kerana seorang dai’e takkan boleh bergerak ke medan dakwah dan  mengislah masyarakat selagi mana rumahtangganya belum settle.

Pembinaan rumahtangga yang bahagia  merupakan satu faktor  untuk meng ‘islah’ keluarga- keluarga terdekat, dan merupakan satu lapangan untuk menyebarkan iman dan pembaikpulihan dalam masyarakat.

Jadi, untuk membina rumahtangga muslim qudwah memerlukan kepada permulaan yang bersih, yang suci dari sebarang  maksiat. Bukan bermula dengan cinta monyet, dating, sms dang sebagainya, tetapi bermula dengan pemilihan calon yang baik  dengan menggunakan orang tengah. Baru lah kita tidak malu untuk bercerita kepada anak-anak kisah perkenalan ibu dan ayah mereka.

Pasti tidak ada seorang pun dari kita yang  mahu melihat anak-anak gadis kita berkepit dengan lelaki lain yang bukan mahram sebelum berkahwin bukan? Jadi, sebelum kita menasihati anak-anak kita, kita terlebih dahulu perlu menjadi contoh kepada mereka. Tak mahu lah pula nanti anak-anak kita berkata kepada kita: “eleh, dulu mak dengan ayah buat macam tu boleh…” kan susah untuk kita jawab nanti.

Nak pilih calon pula bukan main pilih je mane yang cantik, mane yang handsome, mane yang kaya, tetapi Islam telah meletakkan garis panduan untuk kita memilih. Pilihlah pasangan yang bebas daripada sebarang kecacatan atau penyakit keturunan. Kerana Islam mahukan umatnya yang kuat, yang mampu untuk beribadah, beramal dan mampu juga untuk mempertahankan Islam. Tetapi apa yang penting sekali, pilihlah yang beragama (Islam).

Rasulullah saw bersabda: “nikahilah perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya akan beruntung”

Justeru itu, marilah sama-sama kita berusaha membina rumahtangga muslim yang menjadi batu-bata dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!