Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2011

Assalamualaikum,

video yang sangat menarik!

kalau sebelum ini ana ada mencoretkan mengenai ahkamul maulud, maka seorang sahabat telah berkongsi sebuah video yang sangat best dan bermanfaat berkenaan ahkamul maulud tersebut!. insyaAllah dengan menonton video ini para pembaca akan lebih jelas dalam memahami sunnah-sunnah tersebut.

sangat sesuai ditonton buat ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan juga semua wanita, begitu juga untuk kaum lelaki lebih-lebih lagi yang merupakan ketua keluarga.  semoga kita semua sebagai umat Islam dapat mengikuti sunnah Rasulullah ini, bukan sekadar buat bila tengok orang lain buat tanpa mengetahui dalil atau ianya sunnah ataupun tidak, tetapi dengan pemahaman dan dengan niat untuk mengikuti sunnah Rasulullah.

*jazakillah buat ukhtie aini juwita yang sudi berkongsi video ini 🙂

Read Full Post »

أحكام المولود

Alhamdulillah, hari ini genap satu tahun 25 hari Khayrat dilahirkan, dan insyaAllah lagi 2 bulan khayrat akan menjadi abang dan mendapat adik.

terasa baru sebulan menyambut kehadiran mujahid kecil ini. masih segar lagi diingatan saat-saat ingin melahirkan abang Khayrat lebih kurang setahun yang lalu.

dalam persediaan menyambut mujahid kedua kami, ingin ana kongsikan beberapa amalan yang sunat dilakukan apabila lahirnya sang mujahid.

1.azan di telinga kanan bayi dan iqamah di telinga di telinga kiri  bayi.

Khayrat pada hari ke-2

diriwayatkan oleh abu daud dan at-tirmizi, daripada abi rafi’ beliau berkata: (aku telah melihat Rasulullah saw berazan di telinga Al-Hassan bin ‘Ali ketika dilahirkan oleh Fatimah).

dalam riwayat lain yang diriwayatkan dari ibn Abbas r.a: sesungguhnya nabi saw telah mengazankan Al-Hassan bin ‘Ali pada hari kelahirannya, dan beriqamah di telinga kirinya.

khayrat telah di azan dan di iqamatkan oleh abahnya sebaik sahaja dilahirkan dan disiapkan.

hikmah azan dan iqamah:

-ianya menjadi kalimah yang pertama didengari oleh bayi, ianya seruan yang sangat agung.

-syaitan lari dari kalimah azan.

-ia merupakan seruan kepada Allah dan agama-Nya, dan seruan kepada ibadah, mendahului ajakan syaitan.

2. tahnik; iaitu memberikan  manisan seperti buah tamar atau madu pada lelangit bayi menggunakan jari. disunatkan pen’tahnik’ itu dikalangan orang yang soleh dan bertaqwa moga-moga bayi yang dilahirkan itu mewarisi kesolehan dan ketaqwaanya.

daripada abi Musa r.a, beliau berkata: telah lahir bagiku seorang anak lelaki, maka aku membawanya berjumpa nabi saw, maka nabi menamakannya Ibrahim, dan mentahnikkannya dengan tamar, dan mendoakan barakah baginya.kemudian nabi menyerahkan kembali anak itu kepadaku.-as-sohihain-

khayrat sedang ditahnikkan dengan sebutir kurma

memandangkan di mesir terdapat ramai ulama’ dan sheikh atau ustaz yang disegani lagi dihormati, maka ana dan abu khayrat tidak melepaskan peluang untuk mentahnikkan khayrat dengan sheikh atau ustaz yang terkenal dengan kesolehan dan ketaqwaannya dengan harapan Khayrat akan mewarisi kesolehan dan ketaqwaan dari beliau.

dan Alhamdulillah pada hari ke-14 khayrat telah ditahnikkan oleh seorang ustaz yang sangat kami kagumi lagi hormati. lambat sedikit dari tarikh perancangan(hari ke-7) sebab pada mulanya yang akan mentahnikkan khayrat adalah seorang sheikh yang masyhur, tetapi disebabkan beliau menghadapi masalah kesihatan, maka tepaksa mencari orang lain untuk mentahnikkan khayrat.

hikmah bertahnik :

-menguatkan otot-otot di mulut bayi.

3.mencukur rambut pada hari ke-7, dan sunat untuk menyedekahkan emas kepada fakir miskin berdasarkan timbangan rambut tersebut .

daripada Muhammad bin Ali bin Hussein r.a, beliau berkata: Rasulullah telah mengakikahkan Hassan seekor kambing, dan baginda bersabda: wahai Fatimah, cukurlah kepala Hassan, dan bersedekahlah emas berdasarkan timbangan rambut tersebut. maka Fatimah pun menimbang rambut tersebut , dan timbangan tersebut menunjukkan 1 dirham atau setengah dirham.

disebabkan khayrat telah dilahirkan dalam fatrah orang sibuk prepare untuk imtihan, dan abahnya pun sibuk study, maka khayrat telah digunting sedikit rambutnya pada hari ke-7, dan dicukur penuh pada hari ke-10.

Khayrat teleh dicukurkan sendiri oleh mama dan abahnya

sedikit tips dari mak mertua, kalau nak mudah cukur, letakkan bedak terlebih dahulu di kepala bayi. insyaAllah proses mencukur akan berjalan dengan mudah dan lancar!

hikmah bercukur:

-menguatkan bayi, membuka liang roma kepala dan ianya akan mengukatkan pancaindera penglihatan, bau dan pendengaran bayi.

-memenuhi hajat fakir miskin dengan memberi sedekah kepada mereka dengan bersedekah kepada mereka.

4. menamakan bayi dengan nama yang baik.

Rasulullah saw bersabda: setiap bayi yang dilahirkan rahiin(terikat) dengan aqiqahnya, disembelih darinya pada hari ke tujuh, dan dinamakan juga pada hari tersebut, dan dicukur kepalanya.

dan untuk mujahid sulung kami, telah kami berikan nama KHAYRAT yang bermaksud kebaikan yang melimpah ruah. (kisah pemilihan nama ini telahpun dicoretkan oleh abu khayrat di blognya).

5. aqiqah

berapa?

2 ekor kambing bagi bayi lelaki dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan.

bila?

disunatkan melakukan aqiqah pada hari ke-7 selepas kelahiran, kalau tak sempat boleh je buat hari ke 14@21, kalau tak sempat juga, boleh je dilakukan pada bila-bila masa.

disebabkan keadaan kami yang masih belajar, di luar negara pula, maka majlis aqiqah khayrat telah diadakan semasa beliau berumur 7 bulan semasa kami pulang bercuti di malaysia.

Khayrat bersama atuk, nenek dan asu di hari aqiqahnya

hikmah aqiqah :

-mendekatkan diri kepada Allah.

-tanda kesyukuran dan kegembiraan.

-menguatkan silaturrahim antara masyarakat dengan majlis aqiqah.

6. berkhatan

daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: lima dari fitrah: memotong bulu kemaluan, khitan, memotong kumis, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku

seeloknya untuk bayi lelaki, dikhatankan pada hari pertama kelahiran. tetapi boleh sahaja ia dilakukan pada bila-bila masa sebelum baligh.

kalau di mesir, selalunya bayi lelaki akan terus dikhatankan sejurus selepas kelahiran. khayrat telah selamat berkhatan ketika beliau berusia genap 1 bulan.

khayrat- 7 hari selepas berkhatan, sudah sembuh sepenuhnya, dan sudah berjalan-jalan di maa'radh kutub!

kebaikan berkhatan semasa bayi ni banyak, antaranya luka berkhatan akan cepat sembuh, tidak susah untuk menjaga sebab bayi masih belum banyak pergerakannya, dan tak perlu pantang-pantang makan sebab bayi cuma menyusu sahaja.

hikmah berkhatan:

-bersih dari kotoran.

-mengurangkan risiko untuk mendapat jangkitan penyakit.

malam tadi baru sahaja mendapat berita gembira kelahiran seorang mujahidah di bumi mesir ini. Tahniah buat ummu yahya. buurika laki fi mauhub wa syakaratil wahib, wa ruziqta birruhu, wa balagha asyuddahu!

*rujukan: tarbiyatul aulad fil islam, karangan dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan.

Read Full Post »